Cinta menurut
kacamata Islam
Secara
terperinci, cinta menurut kaca mata Islam terbahagi kepada tiga tahap :
1.Cinta Agung
Cinta KEPADA
ALLAH, RASUL DAN ISLAM serta berjihad membuktikannya.
2.Cinta
pertengahan
Cintakan sesama
manusia – ibu bapa, anak-isteri, kaum kerabat dan sahabat handai.
3.Cinta bawahan
Menyintai
sesuatu melebihi cinta kepada ALLAH, RASUL DAN ISLAM.
Berpandukan ini,
saya kira tiada salahnya bercinta apalagi jika bercinta itu menambah keimanan
kita terhadap Allah. Tidak usah lihat negatifnya sahaja sebab setiap sesuatu
itu asalnya baik tetapi akan menjadi buruk kalau dilihat dari perspektif yang
buruk serta dipraktikkan secara buruk.
Ditanya tentang
cinta kepada Syaikh Atiyyah Saqr, beliau menjawab, “kenapa tidak? Cinta adalah
suci, cinta dalam bentuk apapun dibolehkan oleh syarak asalkan tidak dikotori
dengan niat dan aksi yang kotor, ia mestilah tidak bercanggah dengan
hukum-hukum syarak serta diiringi dengan cinta yang diredhai Allah”
Seterusnya, saya
ingin mengatakan, cinta boleh dipupuk sebelum satu-satu perkahwinan asalkan
dalam suluhan agama. Bahkan cintalah asas pembentukan sesebuah rumahtangga yang
harmoni,penuh persefahaman,berkasih sayang dan sebagainya.Bayangkan sebuah
rumahtangga yang dibina atas dasar paksaan,bagaimanakah perlakuan orang yang
menghuninya? Tentulah penuh dengan prasangaka,porak peranda serta
pertelingkahan. Berbanding dengan rumahtangga yang dibina atas dasar
persefahaman,kecintaan dan kasih sayang,sudah tentu membuahkan pahala untuk
dinikmati bersama di akhirat kelak.
Cinta yang
ditentang oleh Islam ialah yang dicemari dengan maksiat serta berteraskan
nafsu, sebaliknya mereka yang memupuk cinta dengan berpegang pada ajaran agama
tidaklah menjadi kesalahan.
Untuk mengetahui
pandangan-pandangan Islam seterusnya dalam soal ini,silalah rujuk kitab’Islam
wal Hubb’(Islam dan cinta) oleh Sheikh Prof Abdullah Nasih Ulwan,’Islam wa
Musykilatul Hayah’(Islam dan Permasalahan Hidup) oleh Sheikh Atiyyah Saqr dan
‘Raudhah al Muhibbin wa Nuzhah al-Musytaqin’(Taman Orang-orang bercinta dan
kerinduan)oleh Ibn Qayyim al-Jauziah
0 comments:
Post a Comment